Makan Pagi
- Nasi Lemak + Rendang Ayam + Telur Mata.
- Teh o panas.
Makan Tengahari
- Nasi putih
- Lauk Ayam Goreng
- Kerabu Timun
- Kari / Gulai Daging
- Teh o Ais / Mineral
Makan Petang
- Kuih-muih
- Teh panas
*Mineral diedarkan sebelum memulakan tugasan.
Disediakan oleh Noor Syaheerah Binti Mohd Alias dan Nurul Nazifa Binti Zainal.
_________________________________________________________________________________
Gambar ini yang sempat saya ambil ketika lawatan ke Masjid petang tadi. Antaranya ialah kawasan tempat makan, peralatan seperti meja dan kerusi dan peralatan makanan.
Disediakan oleh Noor Syaheerah binti Mohd Alias.
_________________________________________________________________________________
Assalamualaikum...
Kalau tak jawab nanti berdosa tau baik jawab lekaih,
hehe saja nak bergurau senda di hari yang bahagia ni..
Meyh Nool nak berpantun sikit ewah :-
Tumbuh elok tepian kolah,
Persada bunganya meranting dahlia,
Sungguh cantik makhluk ciptaan Allah.
Tiada bezanya di samping Dia.
Baiklah tanpa banyak berbicara saya ingin melampirkan sedikit sebanyak berkenaan aktiviti yang telah kami jayakan bersama-sama dengan rakan-rakan sekelas, pensyarah yang tersayang dan tidak lupa juga kepada orang-orang kampung yang sangat peramah dan sangat baik hati. Jika berada disitu, kita akan dapat rasa suasana bekerjasama dalam satu ahli keluarga mahupun satu pasukan umpama macam kata-kata wonderpets " Apa yang penting, kerjasama ! " >_< haha opps!
Baiklah tanpa melengahkan masa lagi, saya ingin melampirkan sedikit sebanyak berkenaan
gambar-gambar semasa menjalani aktiviti tersebut.
|| Gambar 1 ||
( " Alhamdulillah pada pukul 7:30 pagi kami berkumpul di kolej. " )
|| Gambar 2 ||
( " Pada pukul 8:00 pagi kami telah bertolak ke masjid tersebut untuk melakukan aktiviti yang telah dirancangkan. Nampak tak wajah-wajah keriangan rakan-rakan sekelas kami. " )
|| Gambar 3 ||
( " Kegembiraan dan keriangan terukir diwajah bersama-sama dengan rakan-rakan dihadapan bangunan Kolej Poly-Tech Mara " )
|| Gambar 4 ||
( " Comel tak gambar kami. Kenalkan kami AJK Makanan yang dianggotai oleh saya Nurul Nazifa binti Zainal dan di sebelah saya pula ialah Noor Syaheerah binti Mohd Alias. " )
|| Gambar 5 ||
( " Selesai sahaja sampai di masjid tersebut, kami membancuh air teh o panas dan sarapan pagi beramai-ramai dan kami mengambil gambar sebelum melakukan tugas masing-masing." )
|| Gambar 6 ||
( " Pelajar lelaki diberi tugas untuk membersihkan Tanah Perkuburan manakala pelajar perempuan diberi tugas untuk membersihkan halaman masjid dan menyusun atur barang-barang dalam masjid." )
|| Gambar 7 ||
( " Sesudah selesainya gotong-royong membersihkan masjid dan juga makan tengahari bersama-sama dengan orang-orang kampung, maka berakhirlah aktiviti Khidmat Masyarakat kami ini. Dalam gambar di atas, pensyarah kami sedang memberi cenderahati yang berbentuk senaskah Al-Quran kepada pengerusi masjid. Nampaknya wajah Puan Ily dan juga Pengerusi masjid sangat gembira pada hari ini apatah lagi kami para pelajar. Kami sangat berbangga kerana dapat menjayakan program ini dengan jayanya. " )
|| Gambar 8 ||
( " Bergambar bersama ahli jawatankuasa masjid sebelum kami berangkat pulang ke kolej dan gambar yang diambil juga sebagai kenang-kenangan untuk semester ini dan juga akan terkenang buat selama-lamanya dalam ingatan kami semua " )
|| Gambar 9 ||
( " Sesudah sampainya kami di kolej, memasing mengangkut barang-barang dan peralatan dalam bonet bas. Yang penting walaupun memasing muka dah keletihan, tetapi mereka tetap senyum keriangan kerana semuanya tidak mahu melepaskan detik-detik untuk meluangkan masa bersama-sama dengan pensyarah mahupun rakan sekelas. " )
|| Gambar 10 ||
AJK MAKANAN
NURUL NAZIFA ( NOOL ) & NOOR SYAHEERAH ( YAYA )
Kata-kata terakhir dari kami :-
( " Alhamdulillah seperti yang dirancangkan diawal bulan dan sehingga selesai aktiviti ini. Kami mendapat pelbagai pengalaman dan ikhtibar semasa melaksanakan program ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dan tidak lupa juga kepada pensyarah kesayangan kami iaitu Puan Ily yang telah banyak meluangkan masa bersama kami sepanjang mengendalikan program ini. " )
Dengarkan pantun sebagai penutup untuk penghabisan memuat naik blog ini.. Muahahahaha ^__^
Khatulistiwa garis lingkaran,
Hanya satu dalam hitungan,
Mahasiswa sibuk tawaran,
Mahaguru berpangku tangan.
Disediakan oleh Nurul Nazifa Binti Zainal dan
Noor Syaheerah binti Mohd Alias
No comments:
Post a Comment