ASSALAMUALAIKUM.
Alhamdulilah bersyukur ke hadrat illahi kerana program kami berjalan dengan lancar. Kami berkumpul di kolej pada pukul 8 dan bertolak ke masjid. Aktiviti bermula pada pukul 8.30 hingga jam 3 petang. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Pelajar perempuan membuat aktiviti di masjid manakala pelajar lelaki pula membuat aktiviti di tanah perkuburan. Terima kasih kepada semua kerana memberi kerjasama yang baik ketika menjalankan program ini. Sekian terima kasih dari saya NOORZURIATY ADLYNA BINTI MOHD ZAINI - SETIAUASAHA-
_________________________________________________________________________________
ASSALAMUALAIKUM...
26/03/2016
Saya telah print dan laminate kata-kata hikamh dan arahan untuk dilekatkan di masjid kelak.
_________________________________________________________________________________
ASSALAMUALAIKUM........
20/03/2016
Mesyuarat kali ke 3 diadakan. Mesyuarat ini adalah untuk membahagikan tugas-tugas kepada pelajar sesama program dijalankan dan menyenaraikan barang-barang yang telah dibeli.
_________________________________________________________________________________
ASSLAMUALAIKUM.....
18/03/2016
Aktiviti kutip duit sumbangan di asrama rapat setia dan tambun.
_________________________________________________________________________________
ASSALAMUALAIKUM.......
Saya Noorzuriaty Adlyna Binti Mohd Zaini sebagai setiausaha program ini.
Pada masa ini kami berpecah kepada dua kumpulan untuk pergi melawat kawasan. Dan ini antara gambar kawasan kubur dan masjid yang telah kami pilih.
Dan ini adalah gambar masjid yang telah kami pilih yang terletak di Tambun ,Ipoh.
_________________________________________________________________________________
ASALAMUALAIKUM.....
18/2/2016. Pada perjumpaan kali ini, kami semua telah mendapat keputusan bahawa rancangan kami untuk membuat khidmat masyrakat di masjid dan tanah perkuburan di Tambun telah diluluskan oleh pihak atasan.
Perbincangan sedang dijalankan.
_________________________________________________________________________________
ASSALAMUALAIKUM.
19/2/2016. Beberapa ahli jawatankuasa telah turun padang untuk melihat kawasan masjid dengan lebih teliti. Ini adalah untuk mengenalpasti keadaan masjid tersebut dan kekurangan yang terdapat disana. Dibawah terdapat beberapa gambar yang sempat kami ambil.
Tempat letak telekung
Rak untuk tempat letak Al-Quran di bahagian perempuan
Di dalam bilik air perempuan
Tempat mengambil wuduk bahagian perempuan
Dihadapan dewan makan dan juga bilik peralatan
No comments:
Post a Comment